menyediakan tali memanjat buat petola

Alhamdulillah semaian petola sedang membesar. Dua biji benih petola berjaya membesar daripada lebih 10 biji benih yang disemai. Satu ditanam didepan rumah dan satu lagi dibelakang rumah.

Pokok dikawasan belakang rumah kurang mendapat sinaran matahari kerana pasu pasu terpaksa diletak berdekatan dengan dinding. Apabila waktu mulai petang, pokok pokok akan menjadi teduh dan terlindung daripada sinaran terus cahaya matahari.

Tali memanjat akan dibuat supaya petola mendapat cahaya matahari yang secukupnya dan menerukan tumbesaran.

Pucuk petola yang baru tumbuh menarik perhatian semut. Tidak pasti samaada pucuk petola mengeluarkan apa apa jenis gula yang menjadi tarikan semut.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus