balik kampung 14hb Disember 2013

Alhamdulillah sempat balik kampung minggu ini,

Antara aktiviti yang dilakukan

1. Tabur baja bendang
Bendang perlu ditabur baja kerana pokok padi semakin membesar. Masalah kekurangan air pada bahagian tengah bendang menyebabkan banyak rumput yang tumbuh. Terdapat juga bahagian sawah yang mengalami masalah mendap. Masalah ini sekarang semakin menjadi jadi. Traktor dan kubota boleh tenggelam kedalam selut yang sedalam paras pinggang.

2. Pancing haruan
Sempat menghabiskan masa sebentar untuk memancing. Banyak ikan yang makan umpan cuma tidak berjaya dinaikkan mungkin kerana saiz ikan haruan yang kecil kecil berbanding umpan. Umpan tiruan, spinnerbait sahaja digunakan.

3. Potong rumput sekitar rumah.
Alhamdulillah rumput sekitar rumah sempat dipotong untuk mengelakkan kawasa rumah menjadi semak samun. Terdapat banyak anak pokok kari yang boleh dipasukan dan diberi kepada rakan rakan.

4. Ubah anak semaian kacang panjang.
Anak pokok kacang panjang nampaknya sangat tahan lasak. Pokok masih bertahan walaupun sudah hampir sebulan didalam bekas semaikan. Pokok kacang panjang diubah ke bahagian pagar yang tidak terlindung dari cahaya matahari

5. Ubah anak pokok tenggek burung
Anak pokok tenggek burung yang dibeli baru baru ini diubah ke kebun dapur mak. Bersebelahan dengan pokok daun lemuni.

6. Makan kenduri di Matang

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus