perancangan menanam timun akhir tahun 2013

InsyaAllah sebelum berakhir tahun ini, beberapa varieti timun akan ditanam untuk kegunaan sendiri.

Benih sudah dipesan daripada tanamsendiri dan juga kebunbahagiabersama.

Bekas polisterina yang banyak dibuang akan digunakan sebagai pasu tanaman. Kawasan belakang perumahan masih mampu menempatkan tiga bekas polisterina. Cambahan benih yang lebih akan dibawa balik ke kampung. Tanah kosong tepi parit rasanya sesuai untuk tanaman. Tapi memerlukan sedikit topsoil kerana tanah disitu jenis lumpur.

Jika ada hasil lebih insyaAllah akan diberi kepada rakan rakan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus