aktiviti kebun cuti thaipusam

Alhamdulillah dapat beriadah dengan berkebun waktu petang. Antara aktiviti yang dilakukan

Menambah kompos kepada pokok
Kompos dari tahi arnab dan juga sisa kebun seperti batang sayur nampaknya sudah sedia untuk ditabur ke kawasan tanaman. Kompos disimpan didalam bekas pasu besar dan dicampur tanah sudah hampir setahun. Jadi rasanya sesuai untuk diletakkan kedalam pasu pasu pokok.

Menyembur pokok terung sarawak dengan bancuhan sabun basuh pinngan dan air
Pokok terung sarawak sudah berbunga, namun banyak serangga bena yang menghisap daun dan tangkai bunga. Bunga tidak lekat buah. Jadi kesempatan cuti hari ini digunakan untuk cuba mengurangkan serangan serangga perosak.

Memindahkan anak pokok timun
Anak pokok timun terakhir sudah dipindahkan ke dalam satu pasu yang sebelumnya ditanam kacang panjang. Anak panjang tidak membesar dan sebagai ganti anak pokok timun diletakkan. Agak terlewat meletakkan anak pokok timun ini yang nampak terbantut tumbesaran.

InsyaAllah akan menyemai pokok kacang kelisa pula. Kemungkinan akan digunakan sebagai ganti pokok kacang panjang di kampung kerana lebih tahan lasak dan kurang diserang penyakit.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus