Perkembangan kebun minggu akhir januari 2014

Alhamdulillah sempat membelek kebun beberapa hari ini. Cuma dirasakan masih banyak yang perlu dilakukan.

Antara aktiviti

Sembur larutan sabun basuh ke pokok terung sarawak
Larutan sabun yang disembur nampaknya bukan sahaja memusnahkan perosak, malah pokok sendiri. Daun menjadi layu dan hitam. Nampaknya terpaksa melakukan proses mengurangkan perosak dengan cara manual.

Tuaian kacang panjang.
Kacang panjang sudah dapat dituai dari pokok kedua. Rasanya pokok kacang panjang perlu ditanam balik

Sawi Pak choi bercambah
Alhamdulillah sawi pak choi bercambah. InsyaAllah akan ditanam lagi didalam bekas pasu yang lain.

Petola berbuah lagi
Pokok petola dibelakang rumah berbuah lagi. Kali ini memanjat pula ke bumbung rumah jiran. Akan dipangkas sedikit. Buah kali ini lebih besar dari buah sebelumnya.

Selesai mengubah semaian timun
Semaian timun terakhir diletak dibelakang rumah. Harap pokok masih mampu membesar.

Tatsoi sedia untuk dituai
Tatsoi tunggal sedia dituai dengan daunnya sedang galak tumbuh. Dua lagi tatsoi bagaimanapun sudah dimakan ulat sehingga ke bahagian pangkal pucuk.

Bunga tongkeng
Pokok bunga tongkeng semakin galak membesar dan mengeluarkan sulur baru. InsyaAllah akan cuba difikirkan supaya dapat membuat pancang

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus