rumput israel kering untuk arnab

Alhamdulillah, ketika memancing minggu lepas terjumpa banyak rumput israel di kawasan tempat memancing. Disebabkan bekas plastik yang sepatutnya diisi ikan masih kosong. Jadi rumput rumput dikutip dan dibawa balik.

Rumput yang masih basah dibiarkan kering tanpa dijemur dibawah cahaya matahari. Sekadar diletak ditempat terbuka. Cuaca kering sekarang mempercepatkan proses pengeringan.

Arnab arnab dapat menerima makanan baru ini sebagai ganti rumput timothy import yang mahal harganya. Rumput israel berbatang liat berbanding timothy. Jadi dapatlah mengurangkan belanja menjaga arnab.

InsyaAllah dengan ini boleh menambah stok arnab dari baka giant pula jika ada rezeki. Gambar akan diletak kemudian kerana kamera masuk bengkel.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus