aktiviti di kampung raya cina 2014

Alhamdulillah banyak aktiviti dikampung yang berjaya dibuat

antaranya

Hari keluarga  di Asun
Hari keluarga berjaya mengumpulkan sanak saudara dari serata semenanjung ke Kampung Lembah, Asun. Pelbagai aktiviti yang dilakukan seperti makan makan, memancing dan mengeratkan silaturrahim dikalangan keluarga besar ini. Semoga ikatan silaturahim semakin berkembang.

Balik rumah tuk timah
Dapat singgah dirumah tuk timah. Alhamdulillah semua sihat.  Disamping itu sempat juga memancing ikan di kawasan ampang jajar. Sempat juga melihat semaian daun kesum kecil dan juga bunga kantan yang kembang.



kesum daun kecil, mudah hidup ditepi kawasan lembap

BBQ
Aktiviti BBQ makan malam bersama ahli keluarga. InsyaAllah akan diteruskan lagi pada masa cuti raya puasa pula


Angkat reban ayam
Reban ayam berjaya diubah ke belakang sedikit. Tenaga kerja pelbagai lapisan cucu, menantu dan anak anak berjaya mengalihkan reban ayam. InsyaAllah boleh memulakan projek penternakan ayam yang baru.


Potret keluarga
Sempat juga merakam potret keluarga di kawasan yang pernah dirakam kira kira 30 tahun yang lepas. Semoga menjadi kenangan buat semua.

Bawa balik benih putat merah
Benih putat merah yang dibeli akan cuba ditanam dikawasan berair. InsyaAllah akan dapat menikmati ulaman putat merah selepas ini.

InsyaAllah akan sambung lagi cerita tentang kampung

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus