aktiviti hujung minggu tengah februari 2014

Alhamdulillah pertengahan februari 2014 berjaya melaksanakan beberapa aktiviti kebun

meletak daun semambu pada pokok cili pear
Cili pear diserang oleh whitefly, usaha meletakkan daun semambu sekeliling pokok untuk menghalau white fly. Harap harap berhasil insyaAllah.

mengubah semaian timun jepun
semaian timun jepun sudah dipindah kedalam bekas polibeg yang sebelum ini ditanam dengan kacang panjang.

ikan keli goreng bela sendiri
dapat merasa ikan keli goreng yang dibela dari saiz satu inci. ikan keli diberi makan dedak sahaja. dibela dalam bekas timba. Alhamdulillah tidak berbau hanyir. Untuk menyiang ikan keli dengan mudah, taburkan garam pada ikan.

beli stok tanah
tanah top soil sudah dibeli, benih benih terung telunjuk akan diubah dalam masa terdekat. Apabila musim hujan tiba, pokok akan dialih ke kebun di kampung.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus