aktiviti kebun sempena hari raya cina

Tuai petola bantal

Alhamdulillah sempat menuai petola bantal untuk dibawa balik ke kampung sempena cuti hari raya cina. Sayur petola ini dijadikan masak air bersama udang seperti resepi petola segi yang biasa. Rasanya hampir sama cuma rasa petola segi lebih digemari.



Pindah pokok timun
Disamping itu sempat pokok timun yang ditanam didalam bekas polibeg diubah ke tempat yang lebih lapang. Harap harap ada serangga yang akan mendebebungakan bunga betina timun. Pokok juga didapati masih mampu bertahan tanpa siraman selama hampir dua hari.

Namun, sebagai persediaan, pokok harus disiram beberapa kali untuk memastikan polibeg benar benar basah. Pasu tambahan juga boleh ditambah pada bahagian polibeg untuk membolehkan lebih banyak air diserap pokok.



Semai labu siam
Labu siam atau chayote boleh disemai dengan membelah buahnya dan mengambil biji benih didalam. Harus berhati hati untuk memastikan biji benih tidak tercedera. Biji benih boleh disemai terus ke tanah atau direndam dahulu supaya akar tumbuh.



InsyaAllah akan masukkan laporan aktiviti di kampung pula.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus