balik kampung 23 Feb 2014

Alhamdulillah sempat singgah ke kampung selama dua jam. Mak masak bihun sup untuk tengah hari.

Cuaca sekarang masih lagi panas. Malah, rasanya lebih panas daripada minggu minggu sebelumnya.

Padi di bendang sudah dituai dan kebanyakan bendang bendang juga kering.

Tinjau tinjau di kawasan rumah, pokok terung dari baling benih Tok Yam masih lagi mengeluarkan hasil. Pokok ini juga berjaya menghadapi serangan serangga dengan jayanya. InsyaAllah akan cambahkan lagi pokok terung ini kerana mutu buah dan daya tahan penyakit.

Ibu ayam juga sudah beberapa ekor yang turunkan anak dari reban. Ada lebih kurang dua belas ekor anak ayam sekarang ini yang berusia kurang dari sebulan.

Pokok pokok getah pula disekitar changlun sudah mengeluarkan pucuk baru. Mungkin pokok pokok ini sudah dapat merasakan musim hujan akan datang tidak lama lagi.

Sebagai buah tangan, mak bekalkan pisang dan juga mempelam telur dari pokok tepi rumah tuk. InsyaAllah akan balik lebih lama minggu hadapan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus