kekabuh menyerang tanaman timun

Pokok timun nampaknya telah diserang oleh kekabuh timun. Seranggan ini merosakkan daun dan juga memakan bahagian bunga.

Serangga ini boleh dikutip dengan mudah dengan tangan untuk dimusnahkan. Waktu malam boleh dijadikan waktu untuk mencari dan memusnahkan perosak ini kerana kurang terbang berbanding sewaktu siang. Serangga ini berengkerang tapi tidak keras. Mudah dimusnahkan dengan tangan.

Alhamdulillah beberapa semaian timun baru semakin membesar. Beberapa polibeg lagi perlu disediakan. Setakan ini benih paling cepat bercambah ialah timun susu.

Pada masa ini juga. masih lagi menunggu semaian labu air bercambah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus