perkembangan labu siam dan tuaian pak choi untuk makan malam

Alhamdulillah labu siam sedang berkembang dengan baik. InsyaAllah pokok akan dibawa balik ke kampung untuk dijadikan sebagai tanaman pada bahagian kolam ikan.



Pak choi pula sudah boleh dituai. Dapat menuai sedikit selepas solat maghrib untuk dijadikan sebagai makan malam.



Semaian timun tempatan
Timun varieti tempat sudah direndam. InsyaAllah apabila bercambah nanti akan dibawa balik ke kampung.

Mengubah anak terung telunjuk
InsyaAllah akan cuba mengubah anak pokok terung telunjuk kedalam polibeg. Apabila sudah besar akan dipindahkan ke kawasan kampung. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus