perkembangan som jawa dan thai basil

Alhamdulillah som jawa yang disemai dari biji benih semakin membesar. Anak benih disemai agak rapat rapat. InsyaAllah akan diubah kedalam beberapa pasu.



Thai basil pula yang disemai dari keratan batang yang diambil dari lebihan makan ulaman di kedai nasi campur. Keratan direndam didalam bekas air sehingga keluar akar. Kemudian baru dipindah kedalam pasu bertanah.

Putik bunga yang keluar akan diketip supaya lebih banyak pucuk baru yang keluar. InsyaAllah akan dapat merasa ulam thai basil selepas ini.

Percubaan semaian thai basil dari biji benih belum pernah berjaya. Ada satu varieti baru akan dicuba. Semoga masih bernas.


Ulasan

  1. Amat menarik Thai basil dapat dicambah dengan keratan... saya belum pernah cuba. Selalunya dengan biji saja. Tapi sekali dia tumbuh, dia akan hasilkan beribu-ribu biji benih....

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya nak cuba sekali lagi semaian dari biji benih, suka bau harum thai basil :)

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus