sehari satu semaian

benih benih sayur masih banyak yang belum disemai. banyak lagi yang baru sampai dan belum dicuba. InsyaAllah bulan depan ada lagi benih baru yang akan dibeli.

kawasan rumah taman yang terhad tidak memungkinkan semua benih ditanam. Kebun di kampung akan menjadi tempat semaian kekal.

Pokok terung lebih sesuai untuk ditanam diatas tanah berbanding didalam pasu atau polibeg. Pokok tidak akan berkembang lebih daripada saiz polibeg. Seboleh bolehnya pasu yang besar supaya pokok boleh membesar dengan baik.

InsyaAllah setiap hari akan cuba buat semaian baru. Waktu malam akan direndam benih benih dan pada waktu pagi benih akan disemai sebelum pergi kerja.


Ulasan

  1. saya pun byk simpan biji benih since 2 tahun lepas. tak tahu elok lagi ke tak benihnya. nak semai, sekarang musim panas pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya buat semaian didalam pasu dahulu ditempat teduh, masalah saya juga sama benih benih lama sudah hampir setahun tidak ditanam, sekarang cuba menghabiskan stok kerana sudah berbelanja banyak juga untuk membeli biji benih

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus