timun white wonder berbuah dan laporan semaian

Alhamdulillah timun white wonder sudah berbuah di kawasan yang tidak disangka sangka. Timun tidak dibuat sebarang para, cuma dibiarkan menjalar dan menjajah kawasan tanaman lain. Ada sulur yang rosak dilenyek tayar kereta. Timun yang terhasil dekat dengan permukaan tanah dan tersorok diantara rimbunan daun timun. Saiz buah kecil sahaja, mungkin akan dijadikan stok benih.

Bunga timun betina yang cuba didebungakan secara manual pula tidak menjadi. Begitu juga bunga bunga timun lain yang jelas kelihatan ditepi tepi pasu.

Laporan semaian
Labu air sudah disemai
Timun batu baru disemai semalam
Timun baka tempatan OP sudah seminggu disemai dan tiada tanda tanda bercambah.
Benih chayote pula layu diserang serannga pada bahagian akar rasanya
Tanah som jawa terlalu basah kerana bahagian bawah saliran tidak dibuka.

Gambar akan diletak kemudian.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus