balik kampung 9 Mac 2014

Alhamdulillah sempat balik ke kampung melawat mak dan ayah dikampung

Antara berita dan aktiviti

Kelahiran anak kedua Anna dan Wan
Alhamdulillah Anna selamat melahirkan anak lelaki kedua. Semoga bertemu nanti dikampung minggu depan

Cuaca di kampung
Cuaca masih lagi sangat kering. Parit di belakang rumah sudah menunjukkan tanda akan kering sepenuhnya. Dasar parit pun sudah mula merekah yang menunjukkan kekeringan sangat ketara. Langit sangat cerah pada waktu malam tanpa tompokan awan.

InsyaAllah minggu depan akan balik ke rumah tok timah pula. Jika berkesempatan akan memancing juga.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus