perkembangan kebun terbaru

Alhamdulillah sempat menjenguk kebun perumahan buat seketika

Timun timun
timun whitewonder nampaknya sudah menghampiri penghujung usia. Daun sudah menunjukkan warna kekuningan. Cuma tiga biji yang berjaya dituai. Rasa buat seperti timun biasa dan tidak pahit.
Masih ada sepokok lagi pokok timun varieti ini dibelakang rumah sedang membesar.

timun timun varieti lain nampaknya sedang membesar. Ada varieti timun mini, timun batu dan timun susu.

Labu air
Labu air varieti panjang tidak bercambah. Akan cuba varieti lain pula.

Kompos cacing
Cuaca panas menyebabkan cacing cacing lebih tinggal didalam tanah berbanding selalunya hampir dengan permukaan tanah. Harap harap cacing dapat bertahan dengan cuaca ini.

Bunga tongkeng
pokok bunga tongkeng nampaknya semakin menjalar. Akan dipindahkan kedalam bekas pasu yang lebih besar.

Kompos bongkah medium cendawan
insyaAllah akan cuba dapatkan bongkah bongkah terpakai blok cendawan sebagai percubaan sebagai kompos dari rakan yang mengusahakan tanaman cendawan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus