aktiviti hujung minggu awal april 2014

Alhamdulillah minggu ini sempat melakukan beberapa aktiviti di kebun perumahan. Ruang depan rumah dikemas sedikit supaya kelihatan lebih tersusun walaupun rasanya masih tidak begitu memuaskan kerana banyak aktiviti kebun yang berlangsung.

Antara aktiviti

Pangkas petola bantal belakang rumah
Pokok petola bantal belakang rumah sudah menjalar naik wayar tiang telefon dan sampai ke rumah sebelah. Pokok terpaksa dipotong

Ubah pasu pokok tin
Keratan pokok tin terpaksa diubah kerana kelihatan tiada pertumbuhan. Harap harap baki keratan tin boleh terus hidup.

Ubah pasu pokok bunga tongkeng
Terdapat tiga pasu pokok bunga tongkeng yang perlu diubah kedalam pasu yang lebih besar supaya dapat menjalar dan menghasilkan bunga yang diinginkan. Disamping itu, boleh juga dikembang biakkan keratan bunga tongkeng.

Semai bayam merah
Benih bayam merah ditabur kedalam bekas pasu panjang. Kaedah yang digunakan ialah tabur terus. Harap harap akan bercambah dalam beberapa hari lagi.

Semai sawi bunga
Benih sawi bunga dari tahun 2012 disemai dalam dua pasu panjang. Harap harap dapat tumbuh lagi.

Cuci sangkar arnab
Sangkar arnab perlu dicuci setiap dua minggu untuk menjaga kebersihan. Tahi arnab dikumpulkan didalam plastik kosong bekas tanah topsoil. Dalam dua tiga bulan tahi arnab yang reput boleh digunakan sebagai baja.

Tuai timun white wonder
Timun whitewonder dari pokok belakang rumah dituai. Alhamdulillah tidak ada rasa pahit.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus