balik kampung 19 April 2014

Alhamdulillah sempat balik kampung minggu ini

Antara aktiviti yang dilakukan

Semai pokok mulberi
Pokok mulberi yang dibeli dahulu disemai ditepi jalan. Tempat ini dipilih kerana kawasannya menerima cahaya matahari yang terik. Disamping itu terdapat tanda tanda banyak cacing dikawasan tersebut. InsyaAllah pokok akan dipangkas apabila setinggi pinggang supaya sentiasa mengeluarkan hasil.

Semai labu air
Labu air dibawa balik untuk ditanam dibelakang reban ayam. Pokok akan diajar memanjat jaring pagar. Semoga pokok selamat daripada di patuk ayam. Pangkal pokok disungkup dengan sabut kelapa basah.




Tanam pokok terung telunjuk
Pokok terung telunjuk yang masih banyak didalam polibeg semaian dibawa balik ke kampung. Enam polibeg ditanam dibelakang rumah. Empat lagi dibawa ke hujung kampung. InsyaAllah kawasan hujung kampung akan dibangunkan dengan tanaman lagi.



Tengok anak ayam
Ibu ayam nampaknya terus produktif. Selepas satu gerombolan anak ayam lebih kurang sebulan yang lepas, kini muncul lagi anak ayam dari telur yang dieram ibu ayam.



Memancing haruan
Alhamdulillah dapat juga merasa tarikan ikan haruan di belakang rumah. Parit yang kecil dan cetek nampaknya mempunyai penghuni yang besar. InsyaAllah akan dijadikan hidangan untuk keluarga. Ikan haruan disini nampaknya memilih umpan. Umpan permukaan tidak dilayan. Hanya umpan spinnerbait yang menjadi pilihan.

Ulasan

  1. Salam singgah
    nostalgia tengok gambar2 kat sini...tekenang kampungku..
    saya tanam labu kuning tapi kebanyakan berbunga jantan...
    ikan haruan masak cuka sodappp....

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih singgah blog ini,
      ya kampung memang banyak kenangan membesar di sana,
      labu sedap juga ambil pucuknya untuk buat sayur,
      ikan haruan tk pernah cuba lagi masak cuka, boleh nanti saya cuba :)

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus