balik kampung 27 April 2014

Alhamdulillah sempat balik ke kampung ahad lepas. Cuma tidak sempat menjenguk kebun kerana apabila sampai ke rumah, azan maghrib sudah berkumandang. Ayam ayam kampung pun sudah memanjat pelantar untuk bermalam.

Hasil pemerhatian mendapati anak pokok terung telunjuk sudah mati kekeringan. InsyaAllah akan menggantikan dengan terung yang baru.

Selain itu, ikan haruan yang dipancing minggu lepas masih lagi hidup. InsyaAllah minggu depan akan dijadikan hidangan jika ada rezeki.

Dalam perjalanan balik ke kampung minggu ini,  berkesempatan melalui jalan sebelah jitra melalui pekan air hitam dan juga jalan kampung Alor Melintang. Nostalgia dulu dulu kayuh basikal kembara zaman budak budak di kawasan kampung mencari biji getah dan memancing ikan.

Alhamdulillah mak dan ayah sihat dikampung menunggu anak anak yang pulang hujung minggu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus