balik kampung pertengahan april 2014

Alhamdulillah sempat balik kampung minggu ini meninjau perkembangan kampung. Antara aktiviti

Kutip bunga melur
Dapat juga mengutip yang kembang selepas hujan. Banyak juga yang jatuh kenah. Alhamdulillah dapat kumpul lebih kurang segenggam. Dulu sampai sekarang mak kerap bagi bunga melur untuk bawa balik. Biasanya mak akan masukkan dalam kocek baju.

Dulu dulu semasa nak ke sekolah pun mak selalu masukkan bunga melur yang belum kembang kedalam kocek baju. Bila sampai sekolah bunga melur akan kembang dan berbau harum.

Kutip cabai kampung
Cabai kampung juga sudah semakin tinggi melepasi ketinggian orang. Cabai kampung mak yang tanam. Rasanya sangat pedas dan ramai yang tidak tahan dengan rasanya.





Kutip terung
Terung benih tuk yam sudah berbuah besar. Pokok pula hampir menyembah bumi kerana saiz buah terung yang besar. Kak Chik bawa balik untuk dijadikan terung bakar. Ada pucuk terung yang patah semasa hendak mengambil terung. Jadi akan cuba direndam didalam air supaya keluar akar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus