mengurus tanaman bayam dalam pasu untuk pengeluaran produktif

Alhamdulillah, nampaknya baki bayam yang ditanam beberapa bulan lalu masih lagi mengeluarkan hasil. Sepanjang bulan mac pokok masih kecil dan terbantut akibat cuaca panas dan kering. Untuk mengelakkan kehilangan air terlalu banyak, kompos dari tahi arnab diletakkan sebagai sungkupan.



Selepas seminggu permulaan musim hujan, bayam yang kecil semakin galak tumbuh. Alhamdulillah dapat merasa masak air bayam. Hanya pucuk yang diambil dan dibiarkan pucuk baru tumbuh. Pucuk bayam perlu dikutip cepat apabila sudah besar kerana ada ulat beluncas yang juga menggemari pucuk bayam.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus