projek sayur kampung 2014

Alhamdulillah musim sekarang hujan sekarang sesuai untuk memulakan tanaman sayur di kampung.

Antara tanaman dan sayuran yang akan dicuba

1. timun
2. terung varieti terung telunjuk, dan terung panjang
3. bendi
4. kacang kelisa
5. labu air
6. Kailan
7. Selasih
8. Tomato
9. Serai
10. kacang panjang

InsyaAllah para untuk timun dan labu air serta varieti memanjat lain akan disediakan dikawasan belakang hujung kampung menggunakan pelepah kelapa.Varieti hibrid timun siam akan dicuba untuk ditanam. Jika biji benih menjadi akan boleh dikongsi dengan rakan rakan.

Pemilihan tanaman yang serasi akan disemak semula supaya hasil dapat dioptimakan.

Disamping itu, tanaman kailan juga harus dimulakan segera kerana stok sayur sudah berkurangan. InsyaAllah projek ini boleh membuahkan hasil sebelum ramadhan.

Jika ada bajet lebih insyaAllah akan membeli beberapa ekor itik dan arnab untuk dibela dikampung.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus