serangan belalang kecil

Musim hujan juga rupa rupanya menjadi musim membiak belalang di kawasan kebun perumahan yang kecil ini. Nampaknya belalang kunyit menjadikan kawasan kebun perumahan sebagai tempat membiak.

Kesan daun rosak didapati pada tanaman bayam. Anak anak belalang bersembunyi dibahagian bawah daun. Rasanya ada serangga yang menjadikan anak anak belalang sebagai mangsa kerana kesan kemusnahan tidak merebak. Selain itu, boleh juga dikutip secara manual untuk mengurangkan kesan kemusnahan.




Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus