aktiviti hujung minggu 31 Mei 2014

Alhamdulillah dapat menikmati hidangan tengah hari dari tanaman yang ditanam sendiri. Pucuk ulam raja, selasih thai dan daun kaduk sebagai ulam. Ulam dicicah dengan sambal bersama yang dicampur dengna mempelam pauh. Petola bantal yang baru dipetik pula dijadikan masak air. Alhamdulillah buah petola masih mudah dan belum berserabut isinya.



kaduk, ulam raja dan selasih

daun limau purut, daun kari dan petola bantal


Ikan kitang pula dari hasil yang dipancing sebelumnya semasa memancing di Yan, Kedah. Ikan ini sedap dimasak goreng dan dimakan panas panas.

petola masak air dengan labu dan bayam. Bayam dari kebun perumahan

ikan kitang masak tiga rasa, daun limau purut dan serai dari kebun perumahan

Ulasan

  1. semuanya berkhasiat sekali baik untuk kesihatan nii,, jauhi dari minyak2 lemak

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah akan cuba banyakkan memasak dirumah dan cuba kurangkan makanan goreng dan berminyak :)

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus