balik kampung 11 Mei 2014

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk balik ke kampung hujung minggu lepas. Minggu ini menyusuri Changloon, Jitra, Kota Rentang dan Alor Melintang sebelum sampai ke rumah. Bersempena hari ibu minggu ini, sempat balik berjumpa dengan mak dan ayah di kampung.

Berkesempatan juga untuk melihat panorama matahari terbenam disekitar sawah. InsyaAllah akan cuba dapatkan beberapa gambar untuk tatapan bila balik lagi ke kampung.

Antara perkembangan tanaman di kampung ialah pokok labu air siam sudah menjalar ke pagar dan sudah setinggi lebih kurang satu meter.

Musim mempelam sudah tiba lagi di kawasan utara. Ada juga mempelam harum manis yang Wan bawa balik dari Perlis. Pokok mempelam berdekatan rumah pak teh tumbang. Jadi buah buah mempelam yang hampir masak di bahagi bahagi semasa jiran. Harap harap dapat merasa pulut mempelam dalam minggu ini.

Disebabkan jadual yang penuh. Projek penanaman anak jagung akan cuba dilaksanakan minggu ini insyaAllah.



Antara projek hujung minggu ini

1. bersihkan parit di belakang rumah.
2. tanam jagung dan labu
3. bawa balik lagi benih labu air dan terung untuk ditanam dirumah.
4. perbaiki sungkupan anak benih terung dikampung supaya tanah lebih menyimpan air

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus