balik kampung 17 Mei 2014

Alhamdulillah berkesempatan balik kampung minggu ini. Musim buah mempelam sekarang masih berlangsung. Banyak buah mempelam yang menjadi terutama mempelam pauh depan rumah tuk.

Mempelam pauh
Kalau dulu dulu, akan kutip dengan mak pada waktu pagi sebelum pergi sekolah untuk elakkan buah dimakan ayam. Namun kini, buah buah tersangat banyak dan terbiar ditanah begitu sahaja. Musim ini buah mempelam pauh benar benar menjadi. Budak budak kecil sudah tidak banyak berbanding semasa zaman dahulu. Dulu dulu, budak budaklah yang suka meratah buah mempelam pauh yang masam masam manis. Bukan sekadar isi buah yang dimakan, malah kulit juga turut dimakan.

Tanam jagung
Sempat juga membawa balik benih jagung untuk ditanam dirumah. Agak terlewat untuk menanam sebenarnya kerana benih jagung sudah panjang sejengkal dan akar sudah banyak. Jagung ditanam berhampiran dengan parit belakang rumah. Harap harap masih dapat tumbuh dan membesar sendiri kerana tiada siapa yang nak tengok pada hari hari kerja.

akar yang sudah banyak bila lewat menanam


sedia untuk dibawa balik ke kampung

Tanam labu
Alhamdulillah sempat juga menanam satu pokok lagi labu air berhampiran reban ayam ayah. Harap dapat membesar seperti satu lagi pokok yang sudah mula berputik.

Haruan dan gulai rebung dengan udang
Alhamdulillah minggu ini dapat juga merasa ikan haruan yang dipancing beberapa minggu sebelum ini. Disamping itu dapat juga merasa rebung dari pokok yang ayah tanam. Rebung dijadikan gulai rebung bersama udang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus