balik kampung 4 Mei 2014 dan perkembangan kebun perumahan 5 Mei 2014

Alhamdulillah sempat balik kampung minggu lepas. Sempat juga meninjau kawasan belakang rumah. Pokok labu air siam dan terung telunjuk masih hidup.

Beberapa benih terung sarawak dan terung telunjuk dibawa balik ke kampung. Mak akan bagi nanti kepada mak lang beberapa pokok.

InsyaAllah minggu depan akan bawa balik beberapa pokok lagi ke kampung kerana ruang penanaman yang terhad di perumahan terutama bagi varieti labu air.

Terung dikampung pula berbuah banyak. Mak belum lagi mengambil terung yang masak untuk dijadikan bahan masakan.

Ayah pula sudah menerima bekalan baja dari pertubuhan peladang untuk penanaman padi. InsyaAllah penanaman padi akan bermula tidak lama lagi selepas ayah mendapat bekalan benih padi pula. Ayah perhatikan kadar turun hujan masih belum cukup untuk menakung air dibendang dan membasahi tanah kebun dikampung.


Perkembangan kebun perumahan

Timun
Beberapa varieti timun insyaAllah akan dapat dituai tidak lama lagi. Setakat ini timun jepun dijadikan inti dalam roti sandwich. Manakala timun white wonder dijadikan ulam.

Usaha untuk mengumpul biji benih dari timun white wonder tidak berhasil.

Jagung
Benih jagung baka hibrid sudah direndam. InsyaAllah akan sedia untuk di semai dikampung hujung minggu ini. Tanaman jagung akan menjadi satu tanaman dalam teknik penanaman "three sisters". Disamping itu, benih kekacang juga akan disemai didalam masa terdekat ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus