perkembangan kebun 22 Mei 2014

tanaman salad belum berjaya

setakat ini sudah banyak kali cuba menanam benih salad pelbagai jenis. Namun tidak ada satupun yang tumbuh. Kemungkinan benih yang disemai sudah lama. Mungkin juga ada semut atau serangga yang menghabiskan benih benih ini apabila disemai.

InsyaAllah akan cuba lagi kali ini dalam keadaan yang lebih terkawal supaya punca benih tidak tumbuh dapat dikenal pasti.

semaian timun baru

semaian satu paket timun yang sesuai dijadikan jeruk sudah dibuat. InsyaAllah akan tengok bagaimana hasilnya. Disamping itu, benih timun jepun juga akan disemai.


perancangan membuat pasembor

insyaAllah timun timun yang banyak akan cuba dibuat pasembor. Akan cuba dapatkan resepi mudah membuat kuah pasembor.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus