perkembangan kebun perumahan 2 Mei 2014

Alhamdulillah perkembangan kebun terbaru

Bayam Merah
bayam merah sedia untuk dituai, insyaAllah akan dijadikan hidangan sementara masih muda. Permulaan semasa menyemai bayam nampak tidak begitu rimbun. Namun, apabile sudah mencapai sejengkal setengah sudah memenuhi pasu.

Labu
Benih labu yang disemai sudah mula bercambah. Tidak semua benih yang bercambah. Benih disemai didalam kompos freepeat.

Kerengga
Kerengga sudah kembali membuat sarang dibelakang rumah dengan menjadikan daun petola bantal sebagai bahan untuk membuat sarang. Pokok petola bantal pula sudah lama tidak berbuah. Harap harap kerengga ini tidak mengganggu jiran jiran.

Cacing
Stok cacing ditambah lagi kedalam bekas kompos cacing yang baru. Kompos yang terhasil masih sedikit jika dibandingkan dengan bekas kompos cacing yang pertama.

Perancangan minggu depan
Perancangan untuk mula menyemai benih jagung minggu hadapan kerana ada masa untuk ditanam di kampung.

Selain itu, benih benih terung yang masih banyak akan dibawa balik ke kampung untuk memberi lebih ruang penyemaian di perumahan.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus