perkembangan kebun perumahan 20 Mei 2014: bendi, zucchini dan timun

Alhamdulillah dapat membuat beberapa semaian pada hari sabtu yang lepas. Benih bendi dan zucchini yang baru diterima disemai kedalam bekas semaian. Benih nampaknya sudah bernas kerana sudah mulai bercambah pada hari isnin selepas tiga hari disemai.  Benih bendi akan dibawa balik ke kampung manakala benih zucchini akan dipindah ke bekas tanaman yang sesuai.

Timun pula sedia untuk dituai lagi. Timun biasa nampaknya sudah sampai ke pengakhiran jangka hayat. Berbuah dua kali dan sudah nampak tanda tidak akan berkembang buah lagi. Mungkin bekas tanaman yang lebih besar diperlukan untuk timun jenis biasa. Manakala Timun jepun pula masih aktif untuk berbuah. Sudah banyak buah timun jepun yang dituai. Sekarang sedang fikirkan cara untuk habiskan timun. InsyaAllah akan cuba buat lagi buat nasi lemak.

Semaian baru timun akan dibuat, kali ini dari vareiti yang sesuai untuk dibuat jeruk.

Gambar akan diletakkan kemudian



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus