perkembangan kebun perumahan 29 Mei 2014

Alhamdulillah dapat menjenguk sedikit kebun perumahan. Kesibukan tugas menyebabkan aktiviti menjenguk kebun terhad kepada tengah malam dan juga awal pagi. Antara perkembangan

Arnab
Arnab telah terlepas sekali lagi daripada kandang. Bila balik kerja ternampak objek kecil dihadapan pintu, rupanya arnab telah terlepas. Habis barisan anak anak terung dimakan oleh arnab. Tidak banyak yang boleh dilakukan kecuali menangkap arnab dan pastikan pintu sangkar tertutup.

Benih bendi dan timun terselamat daripada dimakan oleh arnab.

Ulam raja
Ulam raja terus produktif walaupun  sudah hampir setengah tahun tumbuh didalam pasu. Setakat ini tidak pernah berbunga kerana pucuk ulam selalu dijadikan ulam makan tengah hari pada hujung minggu.

Bayam
Bayam sudah tua tetapi pucuk masih boleh dituai. Banyak anak anak belalang yang berlindung dibawah rimbunan bayam tua.

Timun jepun
Alhamdulillah tuaian timun jepun terakhir dapat dibuat pada hari ini. InsyaAllah akan dijadikan sayur dalam sandwich untuk sarapan pagi esok.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus