perkembangan tanaman jagung 9 Mei 2014

Alhamdulillah jagung yang direndam sudah mula bercambah. Untuk memudahkan pengurusan bila balik kampung nanti. Benih dipindah ke bekas semaian. Balik kampung nanti hanya perlu cabut dari bekas semaian. Benih jagung yang dibeli biasanya disalut dengan racun jadi kena berhati hati agar bekas yang diguna untuk merendam benih tidak digunakan pula untuk tujuan kegunaan dapur.



Dulu dulu sebelum musim kemarau selepas penanaman padi ayah akan mula tanam jagung di belakang rumah. Mak akan rendam stok benih jagung dari tangkai jagung yang dikering tahun sebelumnya. Selepas rendam semalaman, mak akan masukkan dalam kain tuala kecil.

Selepas batas ringkas dibina, benih ditanam ke atas tanah. Anak anak akan ditugaskan menyiram pokok jagung pada waktu petang. Bila jagung sudah besar. sebahagian besar akan dituai dan beberapa tongkol jagung akan dijadikan benih. Itulah memori zaman dulu dulu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus