projek kampung jun 2014

InsyaAllah ada beberapa projek untuk kampung. Dengan bermulanya cuti semester dan bulan puasa, banyak masa boleh diberikan untuk membuat projek di kampung.

Antara:

cari benih kacang pemunggai ( moringa )
di kebun tuk timah dahulu ada benih pokok pemunggai yang produktif. Dulu dulu tuk timah dapat buat gulai dan lebihan boleh dijual di pasar. Harap harap pokok masih ada. Apa yang diperlukan ialah keratan batang ataupun anak pokok

cari benih pokok putat
pokok putat dibelakang rumah perlu diperbanyakkan. Jika bulan puasa nanti boleh dijadikan bahan nasi ulam. Ada beberapa jenis pokok putat di kawasan kampung. Kebanyakannya tumbuh sendiri dan tersebar apabila berlaku banjir dan tumbuh ditepi tepi parit.

bersih parit
parit perlu dibersihkan supaya lebih kemas dan tidak tumbuh lalang. Akan cuba untuk memulihkan kembali parit ini, dulu dulu penuh dengan ikan dan udang. Sekarang sudah tidak banyak ikan yang hidup. Kemungkinan disebabkan oleh kekurangan nutrien dan juga kedudukan yang berdekatan dengan jalanraya.

semai bendi
insyaAllah bendi yang bercambah dalam bekas semaian akan disemai di kampung kerana varieti yang disemai jenis bendi besar.

bela burung puyuh
sebagai kelainan, insyaAllah akan membela burung puyuh. Pembekal sudah dikenal pasti. Dalam sebulan burung puyuh sudah sedia untuk di sembelih insyaAllah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus