terung dari sahabat perantauan

Alhamdulillah sahabat kejiranan di perumahan flat berbesar hati memberi dua biji terung bulat semasa balik dari kerja. Dia menanam sekitar 20 pokok terung di tepian perumahan. Disamping itu terdapat juga tanaman bendi yang mula mengeluarkan hasil.

Menurut sahabat, terung bulat ini sesuai dibuat kari ataupun digoreng. InsyaAllah akan cuba jadikan sebagai hidangan beberapa hari lagi.

Benih benih tanaman didapati dari tempat negara asal benua asia tengah. Kagum kesungguhan mereka berbudi kepada tanah. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus