tuaian minggu ini, taugeh bayam, bayam dan timun

Alhamdulillah dapat menuai sedikit hasil pada minggu ini. Antaranya timun, bayam dan taugeh bayam.

Anak bayam yang disangkakan tidak tumbuh lagi selepas beberapa hari terendam dalam bekas yang digenangi air hujan. Biji benih bayam diperoleh daripada tanaman sebelumnya.




Apabila dicampak ke bekas kompos, biji benih bayam mula bercambah. Kali ini cambahan taugeh bayam dijadikan makanan ikan kaloi sahaja kerana diambil dari bekas kompos.

timun yang menjalar di tiang lampu hiasan sebelum dituai
dan encik belalang kunyit sebelum terbang melarikan diri


Bayam dan timun insyaAllah akan dibawa balik ke kampung untuk dibuat masakan. Labu sudah dibeli dari pasar malam. Harga pula murah kerana mungkin produk dari kampung yang mana kos penanaman murah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus