balik kampung 1 Jun 2014

Alhamdulillah sempat balik ke kampung minggu ini. Berbanding minggu lepas, tidak banyak masa yang dapat diluangkan untuk menjenguk kebun.

Antara aktiviti minggu ini di kampung

Tengok perkembangan jagung
Nampaknya anak pokok jagung tidak berjaya tumbuh. Mungkin kerana keadaan tanah tidak sesuai untuk pertumbuhan.

Memancing ikan haruan
Alhamdulillah dapat seekor lagi ikan haruan untuk dibuat lauk. Jika ada teman, lain kali akan cuba aktiviti mengelau ikan haruan pula.





Jenguk pokok labu air siam
Pokok labu sudah semakin membesar dan mula mengeluarkan bunga jantan. Bunga betina juga mulai terbentuk. Namun, ada makhluk yang memakan bunga jantan. Kemungkinan besar tupai yang memakan bunga ini.




Tanam bendi
Anak bendi yang disemai di perumahan disemai ke belakang rumah. Harap benih akan tumbuh kerana agak lewat menyemai benih bendi ini.

Jenguk anak semaian yang lain
Anak benih seperti benih labu, terung dan labu air yang dibawa pulang masih ada yang belum ditanam. InsyaAllah akan cuba tanam pada hujung minggu ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus