balik kampung 14 Jun 2014

Alhamdulillah dapat balik kampung minggu ini.

Antara aktiviti

Kutip buah mempelam
Alhamdulillah banyak buah mempelam yang dikait dibelakang rumah. Tanah yang basah dan lembap mengurangkan kerosakan buah yang jatuh ke tanah. Masih banyak lagi mempelam yang perlu dikutip dibelakang rumah. Di depan rumah juga banyak lagi buah buah mempelam yang masak. Kebanyakan buah mempelam didepan rumah menjadi makanan tupai. Mungkin tupai tahu pokok mana yang mempunyai buah yang paling sedap.

Tupai sangat banyak dikampung dan sudah mula menjadi masalah besar bagi tanaman kerana merosakkan buah ciku. Selain itu, habis pucuk pokok labu air dikerjakan tupai. Perlu buat sesuatu untuk mengurangkan serangan tupai.

Buah mempelam dibawa balik ke Pulau Pinang untuk diberi kepada rakan sekerja. Anggaran dalam 30 biji mempelam dibawa balik kali ini. Seronok rasanya dapat berkongsi buah dari kampung supaya sama sama dapat merasa buah dari kampung.

Bersih depan rumah
Ayah sudah tebas buluh buluh dihadapan rumah. Jadi buluh buluh yang ditebang diangkat dan dilonggokkan untuk dibakar. Buluh buluh ini ditanam sejak dari zaman tuk wan puluhan tahun dahulu. Buluh buluh ini menjadi satu pagar hidup bagi memagari kawasan hadapan rumah.

Pokok Labu
Pokok labu yang ditanam dihujung kampung pula cedera dikerjakan kucing. Harap harap masih bertahan dan pulih dari kecederaan. Jika tidak berjaya bertahan, benih baru akan disemai.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus