balik kampung 8 Jun 2014

Alhamdulillah dapat balik kampung minggu lepas. Kebetulan cuti sekolah bang tam sekeluarga balik kampung juga. Cuaca sekarang semakin panas dan berbahang.

Bendang bendang masih memerlukan hujan dan bekalan air untuk anak padi membesar. Buat masa ini aktiviti bendang terhenti sebentar.

Antara aktiviti lain yang dibuat kali ini:

Kenduri dan ziarah
Menghadiri kenduri dan juga ziarah mak tam dan pak tam di Jabi.

Pancing ikan
Kali ini tiada ikan haruan yang mengena pancing.  Cuma ada ikan bulan yang mengena pukat. Terdapat juga anak anak ikan haruan didalam parit, tetapi masih kecil jadi dibiarkan sahaja dari dipancing ibu haruan kerana nanti anak anak haruan akan menjadi makanan ikan bulan pula.



Tanam pokok terung dan labu
Alhamdulillah sebahagian lagi semaian berjaya dialihkan ke kawasan kebun. Benih labu ditanam dihujung kampung dikawasan yang agak berlopak supaya kurang memerlukan siraman.

Buat reban ayam
Ayah bercadang nak buat reban ayam, jadi anak anak bantu ayah dirikan rangka asas reban ayam.

Banyak lagi kerja di kampung yang hendak dibuat. Cuma masa dan kelapangan kurang ada.

Ulasan

  1. Semasa kanak-kanak bestnya aktiviti pancing ikan haruan ni...menggunakan 'taut' ditahan diwaktu petang dan dikutip besok pagi....nostalgia

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahan taut memang seronok, berdebar bila nak angkat taut sama ada kena ikan atau kadang kadang kena kura kura

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus