perkembangan kebun perumahan 17 Jun 2014

Alhamdulillah dapat mengurus sedikit kebun taman perumahan hari ini. Namun masih banyak semak samun yang perlu dibersihkan dan dikemaskan supaya cantik dipandang.

Antara perkembangan terbaru:



Kacang sepat
Daripada 5 biji kacang sepat yang ditanam, cuma satu yang bercambah. InsyaAllah akan cepat dibumikan ke tanah supaya terus membesar.

Lobak putih
Lobak putih sudah mengeluarkan daun sebenar. Pokok lobak putih senang diurus dan tahan panas. Pokok lobak putih mudah dialihkan. Penjarangan dan pembajaan akan dilakukan supaya lobak putih dapat membesar dengan sihat.

Benih petola
Benih petola sudah bercambah setelah lebih kurang seminggu disemai. InsyaAllah benih akan dibawa balik ke kampung kerana lebih luas dan sesuai untuk pembesaran petola.

Benih benih lain
Beberapa benih lagi di semai termasuk roselle dan labu air.

Kompos cacing
Kompos cacing dituai lagi kerana sudah semakin memenuhi pasu kompos. Kompos dibiarkan kering dahulu supaya kutu kayu akan berhimpun di bahagian bawah. Dikhuatiri kutu kayu akan memakan anak benih jika kompos digunakan terus ke pokok.

Semaian akan datang
InsyaAllah akan menyemai timun jepun dan varieti timun lain. Kali ini anak anak timun ini akan ditanam di kampung pula.

Stok biji benih kailan juga akan cuba dicambahkan kerana sudah agak lama tidak merasa kailan hasil dari kebun sendiri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus