perkembangan kebun perumahan dan memancing

Alhamdulillah sempat melihat perkembangan kebun perumahan
Antara perkembangan terbaru:

1. Pokok tenggek burung
Nampaknya pokok tenggek burung yang ditanam didalam pasu belakang rumah tidak dapat bertahan. InsyaAllah akan diganti dengan pokok pokok yang lain

2. Lobak putih
Lobak putih semakin membesar dan daun daun sudah memenuhi ruangan pasu

3. Terung telunjuk
Pokok terung telunjuk masih membesar dan sudah keluar tunas pucuk sisi. Perlu dibaja dan dijaga air supaya membesar dengan sihat.

Memancing
Alhamdulillah sempat menjalankan aktiviti memancing dan ada sedikit rezeki untuk dikongsi. Hari pertama dibawa balik sudah dapat merasa masakan ikan segar. Ikan jebong pula diambil isinya sahaja untuk dijadikan bahan masakan tomyam.

ikan landok masak tiga rasa

filet ikan jebong

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus