balik kampung 13 Julai 2014, pangkas pokok mempelam

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi minggu ini. Masa agak suntuk lagi kerana rancang untuk berbuka puasa di rumah mak dan rumah tuk timah.

Antara aktiviti minggu ini

1. Pindah benih timun dan kacang kelisa
Benih timun dan kacang kelisa sudah dipindahkan ke atas tanah. Ada yang ditanam di depan rumah dan ada juga yang ditanam di tepi pagar. Tempat yang dipilih ialah berdekatan dengan air supaya tidak perlu untuk di siram. Sedikit sungkupan daripada plastik dibuat supaya tanah lebih menyimpan air.

2. Angkut baja
Stok baru baja untuk pokok sudah sampai dan perlu disimpan dengan segera. Sekarang ini ada sindiket yang menyasarkan baja baja yang diedarkan untuk dicuri ketika waktu malam. Ayah sudah tak larat nak mengangkat jadi anak anak lah harapan sekarang untuk menguruskan kerja kerja menanggung baja.

3. Tebas rumput dan pangkas pokok mempelam
Rumput dibelakang rumah sekarang sudah panjang dan perlu ditebas. Mesin rumput pula rosak menyebebbkan kerja menebas tergendala. Jadi, aktiviti ditukar ke pada memangkas dahan dahan rendah pokok mempelam. Alhamdulillah masih ada lagi baki mempelam yang boleh dikutip.

InsyaAllah akan balik ke kampung beberapa hari sebelum hari raya.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus