balik kampung awal ramadhan 1435H, 28 Jun 2014

Alhamdulillah dapat balik kampung pada minggu ini untuk berbuka puasa di rumah bersama mak dan ayah di kampung. Cuaca sekarang mendung dan hujan sekejap sekejap. Perancangan awal untuk membantu ayah meracun bendang tidak kesampaian. Ayah dah buat dulu. Masa juga suntuk kerana hari ahad sudah bermula ibadah puasa. Bagaimanapun, terdapat beberapa aktiviti yang sempat dilakukan.

Antara aktiviti kali ini




1. Pindah semaian labu air, kacang sepat dan petola
Labu air, kacang sepat dan petola dipindah ke kawasan belakang rumah di kampung. Dekat sahaja dengan rumah untuk mak boleh tengok tengokkan. Petola dipindah berdekatan dengan reban ayam. Nanti boleh memanjat ke bahagian atas bumbung reban.

Kacang sepat pula sudah lama tidak ditanam oleh mak. Dulu dulu mak ada benih kacang sepat, tapi sudah lama tiada benih untuk ditanam.

2. Kutip buah manggis depan rumah
Buah manggis pokok depan rumah sedang berbuah. Pokok tidak tinggi hanya setinggi lebih kurang tiga meter dan berdaun jarang. Sudah lama ayah tanam pokok manggis ini. Jika ditanam dikawasan tanah bendang tanah perlu ditambak dahulu supaya lebih tinggi daripada paras air.

3. Gulai rebung madu dengan udang
Rebung madu didepan rumah masih lagi mengeluarkan rebung. Rasa rebung lebih manis jika dibandingkan dengan rebung biasa. InsyaAllah minggu depan boleh merasa lagi

4. Labu manis
Alhamdulillah pokok labu manis di belakang rumah masih bertahan. Batang yang cedera sudah sembuh dan pokok semakin membesar.

InsyaAllah akan menyemai beberapa benih lagi untuk tema kampung seperti kacang kelisa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus