benih timun dari kompos

Alhamdulillah benih timun yang dikutip dari tempat kompos bercambah. Benih ini adalah dari timun yang tidak habis, tersimpan lama didalam peti sejuk dan akhirnya sudah tidak elok untuk dimakan lagi apabila mulai lembik.



Jadi timun tersebut dimasukkan kedalam bekas kompos. Selepas seminggu, kulit dan isi timun hilang diurai dan yang tinggal ialah benih timun. Setelah beberapa hari didapati biji benih mulai bercambah. Jadi cepat cepat dipindahkan biji benih yang bernas kedalam bekas semaian sebelum ia turut hancur menjadi kompos.

Sebanyak lebih kurang 10 anak timun berjaya bercambah. InsyaAllah akan dipindahkan dikampung kerana timun ini dari vareiti timun batu yang bersaiz besar.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus