kerapu bara masak stim, juadah sebelum ramadhan

Alhamdulillah dapat merasa masakan kerapu bara masak stim sebelum bermula ramadhan tahun ini. Kerapu bara dipancing segar dari laut. Ikan kerapu perlu disiang bersih. Daun kari sesuai digunakan untuk menghilangkan rasa hanyir ikan.

Masa untuk stim hanya dalam 30-40 minit berdasarkan pemerhatian untuk mendapat tekstur isi ikan yang lembut. Jika terlebih lama, mungkin isi menjadi liat. Harga ikan ini yang mahal menjadikan cara memasak yang betul penting untuk menjadikan pembelian berbaloi. Di kedai, harga ikan ini boleh mencecah RM 100 setiap seratus gram.

Bahan rencah terdiri daripada bawang besar, bawang putih, asam keping, daun limau purut, cabai dan serai. Sedikit sos tiram dan limau kasturi jika mahu lebih bangkit rasa masam.


ikan tofu masak tiga rasa

hidangan beserta ulam raja dari kebun perumahan dan air asam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus