balik raya 2014 dan perkembangan kebun

Alhamdulillah dapat balik beraya tahun ini di kampung seperti tahun tahun yang lalu. Banyak catatan pengalaman yang hendak dikongsi.

Cuaca di hari raya agak mendung menjadikan aktiviti banyak terhad ke kawasan sekitar rumah sahaja.

Beberapa aktiviti yang berlangsung

Persiapan hari raya
Persiapan hari raya kali ini hanya ala kadar kerana kesibukan tugas. Baju raya dibeli sehari sebelum raya.

Sembelih ayam
Ayam ayam dikampung ditangkap dua hari sebelum hari raya. Bang Tam yang tangkap ayam ayam yang tidur diatas pokok. Pada pagi hujung ramadhan, ayam ayam disembelih dan dijadikan lauk rendang, gulai dan sup ayam.

Ziarah raya
Tidak banyak aktiviti ziarah dilakukan kali ini kerana ramai saudara mara yang datang kerumah pada hari raya pertama.

Kenduri kahwin
Alhamdulilah ada undangan kenduri di Langgar dan juga Bukit Payung. Lauk kenduri yang disediakan terdiri daripada menu kampung seperti ulam terung, mengkudu dan kacang botol rebus. Lauk utama ialah gulai daging rias(batang) pisang. Di kenduri yang lain pula, lauk gulai ikan kering bersama acar buah menjadi hidangan. Cukup ringkas lauk kenduri yang disediakan namun sangat sesuai dengan jiwa orang kampung yang pulang berhari raya setelah beberapa hari asyik merasa daging dan ayam rendang sahaja.

Pokok keriang
Disepanjang jalan antara Langgar dan Pendang masih lagi terdapat banyak pohon pohon buah keriang ditepain sawah. Hati sedikit terubat melihat pokok pokok yang masih banyak berbanding di kawasan kampung sendiri.

Tanam timun dan terung di kampung
Anak benih timun di kebun perumahan dibawa balik ke kampung. Ada yang ditanam di kebun tuk timah dan ada yang dibawa balik ke kebun mak. Agak sedikit terbantut tumbesaran benih benih . Harap harap masih dapat membesar.

Anak anak terung yang masih dalam polibeg juga diubah ke tanah walaupun agak terbantut. Harap harap masih boleh membesar.

Gambar gambar akan diletakkan kemudian.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus