perancangan pertengahan ogos 2014

InsyaAllah jika tidak ada apa apa halangan, akan balik ke kampung hujung minggu ini. Masa semakin suntuk kerana kelas pengajian akan bermula bulan september. Banyak perkara hendak dilakukan tetapi masih tertunda kerana kekangan masa dan bajet.

Antara perancangan minggu ini

Bawa balik baja tahi arnab
Tahi arnab yang terkumpul didalam tong khas sudah semakin banyak di rumah perumahan. Bekas kompos tidak dapat menampung jumlah tahi arnab yang banyak. Jadi cadangan supaya dibawa balik ke kampung untuk dijadikan baja.

Jika boleh, arnab juga ingin dipindahkan ke kampung kerana kekurangan masa untuk menjaga arnab.

Sediakan batas labu
Tanah lapang di tepi parit sesui untuk dijadikan tempat menanam labu. InsyaAllah akan cuba semai secepat mungkin varieti labu pilihan. Sudah terbayang labu untuk dijadikan pelbagai jenis masakan.

Musim memancing ikan di sawah
Sekarang padi di sawah semakin bunting dan keadaan ini sesuai untuk memancing ikan sawah seperti puyu dan haruan. Jika ada rezeki boleh merasa pindang masak ikan darat bersama ubi keledek.

InsyaAllah akan cuba laksanakan perkara diatas dahulu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus