perkembangan kebun hujung minggu pertengahan ogos 2014

Alhamdulillah, hujung minggu kali ini dapat dimanafaatkan sedikit untuk berkebun. Banyak aktiviti berkebun yang dapat dilaksanakan. Namun, hasrat untuk memancing terbantut kerana ketiadaan pengangkutan dan keperluan tidak begitu mendesak kerana ikan masih lagi banyak didalam peti sejuk.

Antara aktiviti kebun minggu ini

Zucchini
Benih zucchini baka hibrid telah ditanam terus kedalam pasu. Jika bercambah, akan dipindahkan ke tempat yang mendapat cahaya matahari penuh.

Timun
Pelbagai vareiti timun disemai dari baka tempatan ke baka import. Setakat ini baka import tidak bernas. Harap harap masih boleh bercambah.

Labu
Benih labu dari varieti kulit menggerutu turut disemai, jumlah beniih melebihi 30 biji.

Bendi
Benih bendi stok lama, jadi tidak berharap sangat akan tumbuh. Jika tumbuh, benih perlu di pindahkan cepat keatas tanah kerana jika lambat anak benih akan menjadi lemah dan pembesaran terbantut.

Bunga tongkeng
Bunga tongkeng dipindak ke kawasan terbuka kerana pertumbuhan dikawasan yang tertutup tidak memberansangkan. Pancang pancang buluh diletakkan untuk pokok menjalar. Harap harap akan berbunga cepat.



Tuaian ulam ulaman
Alhamdulillah ulam ulaman seperti ulam raja, belalai gajah, kaduk, som jawa, cekur hitam dan sambung nyawa dapat digunakan untuk kegunaan dirumah.


Perancangan lain
InsyaAllah akan mendapatkan benih pokok pandan supaya lengkap untuk kegunaan dapur kebun perumahan.

Ulasan

  1. Wah banyak pokok semaian sedang membesar,, nanti hasil berbaloi baloi ..itulah usaha berbakti pada tanah...kata guru saya `hak tanah adalah tanaman'....

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas perkongsian kata kata guru,
      semoga tanaman tanaman dapat membesar dengan baik insyaAllah

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus