perkembangan kebun kampung awal ogos 2014

Alhamdulillah sempat mengurus kebun kampung sedikit

Antara perkembangan terbaru





Terung
Pokok terung sudah mula berbuah di kampung. Disamping itu, pokok terung dari kebun perumahan dibawa balik ke kampung dan ditanam dalam satu baris. Harap harap akan subur. Pangkal pokok di tutup dengan keratan beg plastik untuk mengurangkan penyejatan air.




Timun
Benih timun membesar dengan baik di belakang rumah. Cuma masalahnya beberapa anak benih timun dikerjakan oleh siput babi. Menjelang awal pagi kesan kemusnahan oleh siput babi dapat dilihat. Jadi siput siput perosak ini di jejaki dan dimusnahkan.

InsyaAllah akan menyemai lagi benih timun sebagai ganti.

Labu air
Nampaknya labu air tidak berjaya berbuah. Pokok yang asyik dirosakkan oleh tupai telah mati. Manakala benih yang baru tumbuh pula sudah tiada ditempat ia disemai. Kemungkinan diratah oleh siput babi juga.

Baiki parit
Parit air dibelakang rumah perlu dibaiki kerana sudah lama. Simen dan bata dibeli untuk diletakkan dalam parit. Jadi Bang Tam banyak bantu ayah siapkan parit dari membancuh simen dan menyusun bata bata. Bila bang tam sudah balik kerja disambung lagi supaya parit dapat disiapkan sebelum bulan september insyaAllah.

Mengasing sampah dikampung
Kebanyakan sampah dikampung terdiri daripada sisa dapur, sisa makanan dan plastik. Sisa dapur dan sisa makan boleh diasingkan daripada dibuang begitu sahaja. InsyaAllah akan sediakan tong khas untuk sisa yang boleh dijadikan baja.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus