perkembangan kebun kampung awal ogos 2014

Alhamdulillah kebun kampung nampaknya ada beberapa perkembangan terbaru.

1. Terung sudah berbuah
Alhamdulillah dalam dua minggu buah terung sudah panjang dan sesuai dipetik. Nanti nak biarkan emak yang petik buah terung. Kemungkinan buah terung yang terhasil adalah baka kacuk antara terung ungu dan terung telunjuk.

Terung yang dipindah minggu lepas juga sudah dapat menyesuaikan dengan keadaan tanah di kampung dan mula berbunga.

2. Pokok Markisa
Setelah hampir setahun dipindahkan ke kampung, pokok markisa masih belum berbunga. Harap harap lekas berbunga kerana hendak merasa buah markisa yang di tanam sendiri.


InsyaAllah akan menyemai benih labu dan juga benih kacang kelisa. Dulu dulu ayah pernah menanam labu di kampung sampai boleh dibuat serawa untuk kenduri kesyukuran.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus